Sabah memang awesome! Gitu kan first ayat. Tahun ni tahun melawat Malaysia sahaja dan destinasi yang dipilih ialah Sabah bah. :) Memang tak sia-sia decide nak bercuti ke Sabah pada tahun ni. Rasa macam nak stay lama-lama kat Sabah and enjoy the scenery, foods/seafood, beaches, sunset, sunrise, lembu dan semua semua lah. Memang pengalaman terindah betul lah. Eh, lembu pun masuk dalam list? Hahaha.
Memang sangat enjoy dengan trip kali ni. Trip bersama kawan-kawan tapi ini bukan trip kengkawan yang pergi oversea tu yea. Walaupun Sabah tu konon macam oversea sebab kena merentas lautan, tapi still dalam Malaysia kan. Kitorang ambik tiket Air-Asia
(cam biasa la sebab murahkan, tapi sometimes MAS pun lagi murah). Flight tersangat la awal pagi iaitu pada pukul 630 pagi. Gerak pergi airport dalam pukul 4 pagi, sampai then terus check in baggage then masuk kat ruangan menunggu. Alhamdulillah, kat area menunggu tu ada surau. So, solat subuh dulu before take off. Nak jalan, jalan jugak.Tapi tanggungjawab yang satu tu jangan lupa. InsyaAllah. :) Kena check in siap-siap and print tiket tu sendiri. Kalau tak, tak pasal-pasal kena bayar 10hengget tau.
Perjalanan dari LCCT to BKI (Kota Kinabalu) mengambil masa lebih kurang 2jam 30 minit. Dalam pukul 9 pagi, kitorang sampai di KKIA (Kota Kinabalu International Airport). Sebelum pergi ke sana, salah sorang geng kitorang dah siap book kereta sewa. Bila sampai je, kereta sedang menanti bersama owner kereta. Sewa kereta adalah RM500 untuk 4 hari. Ok la tu kan. Dan kereta pilihan kami ialah kereta proton saga BLM warna biru. Hehehehe. Terima kasih encik kereta kerana telah banyak berjasa.
Dapat je kereta, perkara pertama nak kena buat haruslah isi minyak dulu kan. So, cari stesen minyak untuk kenyangkan perut kereta sebelum kenyangkan perut kitorang. Dah siap isi minyak di stesen minyak petronas yang berdekatan dengan KKIA, kitorang mencari tempat untuk mengisi perut pulak. Demi untuk mencari sesuap makanan, khidmat Mr Google map dan papago digunakan. Search punya search, last sekali decide makan di Pasar Besar Kota Kinabalu. Pasar Besar KK ni tak ada la sebesar Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan, tapi boleh la. Ada jual makanan dan pakaian. Bahagian bawah adalah tempat menjual makanan mentah dan bahagian atas adalah tempat menjual makanan yang ready untuk dimakan dan juga pakaian, telekung, selipar dan sebagainya.
Kami makan ala carte je kat Pasar Besar KK. Maklumlah baru sampai, masih lagi macam mamai-mamai dengan keadaan di KK, so makan saja apa yang ada. Sambil makan sambil discuss kemana destinasi yang seterusnya yang harus dituju. Setelah dikira jarak dan masa yang diambil, kitorang decide untuk serbu Rumah Terbalik dulu. Rumah terbalik dibuka untuk umum bermula Februari lepas dan bayaran yang dikenakan untuk masuk ke kawasan rumah terbalik ialah RM10 untuk dewasa.
Kereta terbalik,basikal terbalik, rumah terbalik.
Memula sekali masuk dalam kawasan rumah terbalik ni, boleh nampak sebuah kereta kancil tergantung terbalik seperti gambar di atas. Dan keadaan rumah juga terbalik dimana bumbung terletak di bawah dan tapak rumah di atas. Apa yang saya faham, ini adalah imaginasi pemilik Rumah Terbalik ni dan telah menjadikan tempat ni sebagai tempat tarikan pelancongan di Sabah. Kitorang ada bertanya kenapa dikenakan bayaran sampai RM10 untuk masuk ke dalam kawasan Rumah Terbalik ni, dan diterangkan sebab ini adalah private ownership. Bukan di bawah Kementerian Pelancongan ataupun Kerajaan Sabah.
Gambar hanya di benarkan di ambil di persekitaran luar rumah. Tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kawasan rumah. Sebelum masuk ke dalam rumah, pengunjung harus mengetuk pintu rumah tersebut. Agak suspen la kan time tu konon kot-kot la orang tu buka pintu dari atas. Haha. Tapi bila dia buka je pintu tu, orang tu berdiri sama je macam kita. Dalam rumah tu ada ruang tamu, bilik tidur, tandas dan dapur. Keadaan dalam rumah semua dalam keadaan terbalik termasuklah sofa, katil, peti ais, microwave oven dan juga lubang tandas. Di dalam bilik utama, ada disediakan satu cermin besar di bahagian lantai yang mana kita akan nampak reflection dari sususan di atas. Sekali tengok macam kita tengah tengok sebuah bilik berada di bawah tanah. Sangat creative tuan empunya Rumah Terbalik ni. Di sekeliling rumah boleh nampak ada pasu bunga, ampaian, kereta sorong dan semuanya dalam keadaan terbalik. Satu benda je yang bukan dalam keadaan terbalik iaitu aircond. :)
Dah habis pusing-pusing dengan kagumnya susunan dalam rumah terbalik tersebut, kami keluar ikut pintu dapur. Sebelah kanan ada cafe dan juga kedai cenderamata. So singgah sekejap tengok apa-apa yang boleh di beli sebagai souvenir. Last-last beli fridge magnet sudah sebab tak nak terlalu over excited kat situ then nanti menyesal bila jumpa barang lagi best kat tempat lain.
Dah habis keliling kawasan rumah terbalik, kami decide nak balik KK and pergi Jesselton point nak tengok package yang ada untuk ke Pulau-pulauan di KK. Time tu memang excited untuk snorkeling and banana boat. Sekali lagi menggunakan khidmat Mr Google untuk bagi arahan macam mana nak balik ke KK.
PS : Perjalanan seterusnya akan disambung di entri yang akan datang. Sangat excited untuk share these experiences, tapi mata sangat mengantuk sekarang. :D