Wednesday, 1 May 2013

Kain Pasang Sulam Bukit Tinggi RM105 - Available Stok

Hanya tinggal 2 pasang lagi yang available. Sesiapa yang berminat, boleh SMS/Whatsap saya 0129386384.
Cepat-cepat sebelum terlambat. :)


 Colour : Light Pink
Jahitan sulam yang sangat kemas. Sesuai untuk dijadikan baju kurung/kurung moden.


Colour : Brown
Jahitan sulaman yang sangat kemas. Selain sesuai untuk dijadikan baju kurung, ianya sangat sesuai untuk dijadikan jubah.

Dapat first bonus dari Shaklee ~~ Weeeeee :D

Dah lama rasanya tak post something berkaitan dengan Shaklee. Ayat klise sangat kan..Tak post  bukan bermakna saya dah tak consume produk Shaklee. Bukan setakat consume untuk diri sendiri dah sekarang, siap beli untuk family lagi. Sebabnya setakat ini saya memang percaya dengan produk Shaklee dan saya dapat rasa perubahan-perubahan setelah consume produk Shaklee ni. Akan di update nanti tentang produk-produk yang saya gunakan dan apakah kesan baik yang saya dapat. Alhamdulillah tiada lagi kesan buruk setakat hari ni. Hehe
 Ok.. berbalik kepada tajuk. Alkisahnya, saya memang tak tahu macam mana pengiraan bonus Shaklee. Memang main beli je produk Shaklee untuk consume sendiri. Lepas satu, satu saya beli. Dulu beli set basic untuk kuruskan berat badan tapi selepas tu dah melarat kepada untuk merawat masalah rambut gugur dan  untuk mencantikkan kulit. So far, saya happy dengan kesan yang diterima. Oh.. dan juga saya beli untuk adik saya. Menghilangkan jerawat di muka beliau. Tadi baru jumpa, memang nampak kesan setelah hampir 2 minggu consume produk Shaklee. Itu akan diupdate kemudian. Sorry.. melalut lagi. :D
Last week tetiba saya dapat call dari colleague, cakap ada cek untuk saya dari Shaklee. Saya memang buat alamat ofis sebab kat rumah memang tak ada orang dan senang kalau ada apa-apa surat atau barang diposkan terus ke ofis. Tapi tak tahu la pulak, if cek yang sampai akan pergi ke collection team dulu. Masa tu macam teruja la jugak sebab tak sangka dapat bonus. First bonus tu dari Shaklee. Eh, first bonus la kot sebab saya tak pernah join mana-mana MLM ke apa-apa ke yang boleh dapat bonus macam ni. :D Bila bukak cek dapat la RM3+.++. Ok la kan, walaupun 2 angka je. Better than nothing kan. Bila dapat bonus tu, tetiba rasa bersemangat nak buat Shaklee betul-betul. Hehe.

So, sesiapa yang berminat nak membeli produk Shaklee boleh SMS/Whatsap saya di 0129386384.

Monday, 29 April 2013

Kain Pasang Sulam RM110/pasang ~~ May'13 collection


Di bawah ni koleksi terbaru yang masih available di Sulam Wardrobe. Semua cantik-cantik untuk semua peminat kain sulam dari Bukit tinggi. Harga sepasang hanya RM110 including postage. Tengah mencari-cari baju hari raya? Jangan malu jangan segan sms/whatsap 0129386384 untuk sebarang pertanyaan. :))


 Kod : 130501


 Kod : 130502



  Kod : 130503


 Kod  : 130504



Kod : 130505

Selamat membeli baju raya semua :))

Tuesday, 23 April 2013

Sharing : Nasihat Tun Dr Mahathir kepada usahawan Melayu



Post kali ini saya nak share nasihat dari seseorang yang sangat berjasa kepada negara Malaysia dan dikagumi di seantero dunia , Tun Dr Mahathir kepada usahawan Melayu.
 
1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"

12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.


"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"

Monday, 22 April 2013

Kain pasang sulam bukit tinggi - Rosella

Selain daripada material velvet, kami juga ada menjual kain pasang sulan dari bukit tinggi material rosella. Kain jenis rosella sangat bermutu tinggi dan selesa untuk dipakai. Boleh digayakan sebagai jubah, baju kurung atau baju kurung moden. Hanya RM130 termasuk pos.

Sila sms/whatsap 0129386384 ;))



Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 18 April 2013

Kain pasang sulam bukit tinggi new stock

Assalamualaikum peeps.. kat bawah ni sneak peak untuk collection terbaru dari sulam wardrobe. Details akan di update nanti ya ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 17 April 2013

Sabah Trip - Part I (Ronda Kota Kinabalu)

Sabah memang awesome! Gitu kan first ayat. Tahun ni tahun melawat Malaysia sahaja dan destinasi yang dipilih ialah Sabah bah. :) Memang tak sia-sia decide nak bercuti ke Sabah pada tahun ni. Rasa macam nak stay lama-lama kat Sabah and enjoy the scenery, foods/seafood, beaches, sunset, sunrise, lembu dan semua semua lah. Memang pengalaman terindah betul lah. Eh, lembu pun masuk dalam list? Hahaha.

Memang sangat enjoy dengan trip kali ni. Trip bersama kawan-kawan tapi ini bukan trip kengkawan yang pergi oversea tu yea. Walaupun Sabah tu konon macam oversea sebab kena merentas lautan, tapi still dalam Malaysia kan. Kitorang ambik tiket Air-Asia (cam biasa la sebab murahkan, tapi sometimes MAS pun lagi murah). Flight tersangat la awal pagi iaitu pada pukul 630 pagi. Gerak pergi airport dalam pukul 4 pagi, sampai then terus check in baggage then masuk kat ruangan menunggu. Alhamdulillah, kat area menunggu tu ada surau. So, solat subuh dulu before take off. Nak jalan, jalan jugak.Tapi tanggungjawab yang satu tu jangan lupa. InsyaAllah. :) Kena check in siap-siap and print tiket tu sendiri. Kalau tak, tak pasal-pasal kena bayar 10hengget tau.

Perjalanan dari LCCT to BKI (Kota Kinabalu) mengambil masa lebih kurang 2jam 30 minit. Dalam pukul 9 pagi, kitorang sampai di KKIA (Kota Kinabalu International Airport). Sebelum pergi ke sana, salah sorang geng kitorang dah siap book kereta sewa. Bila sampai je, kereta sedang menanti bersama owner kereta. Sewa kereta adalah RM500 untuk 4 hari. Ok la tu kan. Dan kereta pilihan kami ialah kereta proton saga BLM warna biru. Hehehehe. Terima kasih encik kereta kerana telah banyak berjasa.

Dapat je kereta, perkara pertama nak kena buat haruslah isi minyak dulu kan. So, cari stesen minyak untuk kenyangkan perut kereta sebelum kenyangkan perut kitorang. Dah siap isi minyak di stesen minyak petronas yang berdekatan dengan KKIA, kitorang mencari tempat untuk mengisi perut pulak. Demi untuk mencari sesuap makanan, khidmat Mr Google map dan papago digunakan. Search punya search, last sekali decide makan di Pasar Besar Kota Kinabalu. Pasar Besar KK ni tak ada la sebesar Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan, tapi boleh la. Ada jual makanan dan pakaian. Bahagian bawah adalah tempat menjual makanan mentah dan bahagian atas adalah tempat menjual makanan yang ready untuk dimakan dan juga pakaian, telekung, selipar dan sebagainya.

Kami makan ala carte je kat Pasar Besar KK. Maklumlah baru sampai, masih lagi macam mamai-mamai dengan keadaan di KK, so makan saja apa yang ada. Sambil makan sambil discuss kemana destinasi yang seterusnya yang harus dituju. Setelah dikira jarak dan masa yang diambil, kitorang decide untuk serbu Rumah Terbalik dulu. Rumah terbalik dibuka untuk umum bermula Februari lepas dan bayaran yang dikenakan untuk masuk ke kawasan rumah terbalik ialah RM10 untuk dewasa.

Kereta terbalik,basikal terbalik, rumah terbalik.

Memula sekali masuk dalam kawasan rumah terbalik ni, boleh nampak sebuah kereta kancil tergantung terbalik seperti gambar di atas. Dan keadaan rumah juga terbalik dimana bumbung terletak di bawah dan tapak rumah di atas. Apa yang saya faham, ini adalah imaginasi pemilik Rumah Terbalik ni dan telah menjadikan tempat ni sebagai tempat tarikan pelancongan di Sabah. Kitorang ada bertanya kenapa dikenakan bayaran sampai RM10 untuk masuk ke dalam kawasan Rumah Terbalik ni, dan diterangkan sebab ini adalah private ownership. Bukan di bawah Kementerian Pelancongan ataupun Kerajaan Sabah.

Gambar hanya di benarkan di ambil di persekitaran luar rumah. Tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kawasan rumah. Sebelum masuk ke dalam rumah, pengunjung harus mengetuk pintu rumah tersebut. Agak suspen la kan time tu konon kot-kot la orang tu buka pintu dari atas. Haha. Tapi bila dia buka je pintu tu, orang tu berdiri sama je macam kita. Dalam rumah tu ada ruang tamu, bilik tidur, tandas dan dapur. Keadaan dalam rumah semua dalam keadaan terbalik termasuklah sofa, katil, peti ais, microwave oven dan juga lubang tandas. Di dalam bilik utama, ada disediakan satu cermin besar di bahagian lantai yang mana kita akan nampak reflection dari sususan di atas. Sekali tengok macam kita tengah tengok sebuah bilik berada di bawah tanah. Sangat creative tuan empunya Rumah Terbalik ni. Di sekeliling rumah boleh nampak ada pasu bunga, ampaian, kereta sorong dan semuanya dalam keadaan terbalik. Satu benda je yang bukan dalam keadaan terbalik iaitu aircond. :)

 Dah habis pusing-pusing dengan kagumnya susunan dalam rumah terbalik tersebut, kami keluar ikut pintu dapur. Sebelah kanan ada cafe dan juga kedai cenderamata. So singgah sekejap tengok apa-apa yang boleh di beli sebagai souvenir. Last-last beli fridge magnet sudah sebab tak nak terlalu over excited kat situ then nanti menyesal bila jumpa barang lagi best kat tempat lain.


Dah habis keliling kawasan rumah terbalik, kami decide nak balik KK and pergi Jesselton point nak tengok package yang ada untuk ke Pulau-pulauan di KK. Time tu memang excited untuk snorkeling and banana boat. Sekali lagi menggunakan khidmat Mr Google untuk bagi arahan macam mana nak balik ke KK.

PS : Perjalanan seterusnya akan disambung di entri yang akan datang. Sangat excited untuk share these experiences, tapi mata sangat mengantuk sekarang. :D
 

Wednesday, 3 April 2013

Kain pasang sulam bukit tinggi ready stock~~

Penantian sudah berakhir. Kain pasang sulam dari bukit tinggi sudah sampaiii. Kepada sesiapa yang berminat, boleh sms/whatsap 0129386384. ;))

Psst : Kuantiti adalah sangat terhad. Dapatkan sebelum terlambat. ;D

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 2 April 2013

Telekung Vietnam sulam bunga timbul 13 kuntum

Di sini saya ingin close up gambar telekung Vietnam yang ada di jual di Sulam Wardrobe. Kami hanya menjual telekung seperti gambar di bawah pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM70/pasang termasuk postage. Alhamdulillah, kami telah dapat menjual 10 pasang telekung dalam masa 2 hari. Walaupun kedengaran agak sedikit, tapi bagi kami yang baru bertatih di dalam bisnes online ini, syukur alhamdulillah dipanjatakan ke hadrat Iilahi.

Sekiranya anda berminat untuk membeli dalam kuantiti yang banyak/ borong, sila la sms/whatsap di 0129386384 untuk sebarang pertanyaaan. :))

 View dari hadapan. Sulaman yang ringkas tetapi sangat menarik. Sulaman juga dijahit pada bahagian bawah kain.


View dari bahagian belakang atas. Jahitan sulaman yang kemas dan boleh dilihat dengan sulam bunga timbul yang dijahit. Pengikat di kepala juga disediakan dan boleh diselaraskan mengikut kesesuaian/keselesaan pengguna.

View dari sisi atas. Jahitan yang kemas di kepala dan pengguna tidak perlu memakai serkup atau anak telekung. Ianya sangat selesa untuk dipakai. Jahitan sebanyak 2 lapis dibahagian kepala untuk menutup bahagian leher.

View penuh hari bahagian belakang. Seperti yang boleh dilihat, sulaman pada telekung ini sangat ringkas.

View dari belakang. Berlainan corak sulam dan juga warna.



Kami mempunya pelbagai pilihan warna mengikut citarasa anda. Sila sms/whatsap saya untuk sebarang pertanyaan. Happy shopping semua!!

Menunggu kain pasang sulam dari Bukit Tinggi

Penantian satu penyeksaan. Seperti dalam entri sebelum ini berkaitan kain pasang sulam dari bukit tinggi, kain yang saya jual adalah diimport terus dari Bukit Tinggi Indonesia. Proses pengeposan kain dari Bukit Tinggi ke Malaysia mengambil masa selama 7 hari bekerja. OK. 7 hari bekerja. Dan kerja saya setiap hari adalah tengok status kat web pos. Hehehe
Alhamdulillah status terkini sudah berada di Shah Alam. Semoga esok saya akan dapat kain-kain tersebut. So kepada sesiapa yang berminat, jangan segan jangan malu untuk sms/ whatsap saya di 0129386384. :))
Saya memang excited tunggu kain-kain ni sampai. Al maklumlah, baru nak berjinak-jinak dengan bisnes online ni. :D

Monday, 1 April 2013

Kain Pasang Sulam Bukit Tinggi ~ RM105

Serasanya title blog ini sudah perlu di tukar kerana entry yang bakal di post tidaklah berkisar hanya pada produk shaklee. :)

Sesiapa yang berminat untuk bergaya dengan kain pasang sulam dari bukit tinggi, Indonesia bolehlah melawat ke FB page kami Sulam Wardrobe. Kain sulam bukit tinggi sangat cantik untuk digayakan pada hari raya atau pada hari-hari biasa sahaja. Jahitan sulam yang sangat kemas dan dengan design yang sangat menarik, akan membuatkan anda akan kelihatan lebih menarik. :))

Kami menjual kain pasang sulam seperti di bawah hanya pada harga RM105 termasuk kos postage. Kain sulam ini diambil terus dari Indonesia dan stok adalah sangat terhad. Selamat mencuci mata dan happy shopping guys!!



 















Berminat untuk mendapatkan kain sulam seperti gambar di atas? Sila sms/whatsap 0129386384. :)

Pantang Larang dan Tips pengambilan Supplement ~~ Shaklee of course :))

 Disini saya nak share sikit info dan tips yang sangat penting dalam pengambilan supplement seharian. Mestilah Shaklee yang menjadi pilihan kalbu:)) Info ini saya dapat dari salah seorang distributor juga.

1. Protein- Sebaiknya diambil di waktu pagi semasa pesut kosong kerana waktu pagi metabolisme kita tinggi. (Bersarapan bersama Cinch.. yummy!!)

2. Alfalfa- Tidak boleh diambil bersama vit E atau GLA.Vit E akan menghalang penyerapan alfalfa (noted. baru ingat nak sebat vit E. Terpaksa la tangguh dulu niat. Sebab sekarang tengah ambil alfafa. Alfafa memang sangat best! )

3. Ostematrix- Kalsium sebaiknya diambil di waktu malam ; sebelum tidur

4. Vit C- Patahkan 2 dahulu semasa demam, batuk atau selsema

5. Vitalea- Jangan diambil dengan miman bersusu kerana boleh mengganggu efisiensi penyerapan zat besi(iron). Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap

6.Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) - Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

7. Jangan mengambil vitamin dengan minuman berkafein kerana ia akan mengurangkan efisiensi penyerapan vitamin dan kalau dah nak minum sangat, ambik 1/2 jam sebelum atau selepas makan suplement ye.

Selamat mencuba semua. Jangan segan-segan untuk hubungi saya jika ingin mendapatkan produk Shaklee harga istimewa. SMS/Whatsap : 0129386384

Sunday, 31 March 2013

Cinch Shaklee - Alhamdullilah turun 2kg. :D

Inilah dia santapan pagi dan malamku. Cinch Shaklee perasa cokelat. Memang sedap sangat and kadang-kadang rasa macam nak minum  banyak-banyak je sebab sedap sangat. Heeee.

Inilah dia Cinch Shaklee perasa cokelat yang sangat sedap sedia untuk diminum. Yummy!    


Alhamdulillah saya sudah berjaya turunkan berat badan sebanyak 2kg sejak mengamalkan cinch Shaklee ni. Dan paling ketara, dapat rasakan macam lemak-lemak yang menggelebeh semakin berkurangan. Saya akan terus mengamalkan Cinch Shaklee sehingga target saya tercapai. Anda pula bagaimana? Email saya jika anda berminat untuk mencuba atau ingin mendapatkan lebih info di hanieesa15@gmail.com. Or boleh drop komen di sebelah juga. :D

Telekung Vietnam bunga timbul 13 kuntum RM70

Entry kali ini tidak berkaitan dengan Shaklee walaupun blog ini pada mulanya adalah untuk mencatat perjalanan saya bersama Shaklee. Saya masih mengambil produk-produk Shaklee yang sangat bagus untuk kesihatan. Mencuba produk baru lagi.. untuk menjaga mahkota wanita. Heee. Saya akan coretkan mengenai perjalanan saya bersama Shaklee lagi nanti. Nanti. InsyaAllah. :)

Post kali ini nak coretkan pasal Telekung Vietnam bunga timbul 13 kuntum. Rasanya ramai yang sudah biasa terdengar atau menggunakan telekung dari Vietnam ni. Sekarang ni, saya ada stok telekung Vietnam bunga timbul 13 kuntum. Dalam perancangan untuk menambah koleksi pada masa akan datang.. bergantung kepada sambutan yang di berikan untuk peminat telekung dari Vietnam ni.

Kenapa pilih telekung dari Veitnam? Berikut adalah beberapa sebab kenapa telekung dari Vietnam ini menjadi pilihan para muslimah. Mungkin juga anda? :)

a) Kainnya yang labuh dan mempunyai tali pengikat di kain yang bergetah. Faktor kain yang labuh sangat penting terutamanya bagi mereka yang tinggi untuk mengelakkan ternampak kaki semasa sujud.

Anggaran ketinggian model adalah lebih kurang dalam 170cm

b) Kain yang digunakan adalah jenis yang tidak jarang, sejuk dan selesa dipakai.
c) Jenis kain yang jatuh ke bawah apabila dipakai
d) Mempunyai tenunan yang kemas dan cantik.
e) Kain telekung tidak terangkat apabila ruku' disebabkan kainnya yang berat.
f) Mempunyai tali pengikat di kepala yang boleh di adjust mengikut keselesaan pemakai.




 
Telekung Vietnam bunga timbul 13 kuntum

Saya menjual telekung seperti gambar di atas pada harga hanya RM70 termasuk postage. Ada bermacam-macam warna sebagai pilihan. Jika berminat, sila like page Sulam Wardrobe di Facebook dan PM saya. Berminat untuk menjalankan bisnes telekung Vietnam dan ingin mendapat tawaran pembelian borong pada harga yang menarik?? Sila PM saya atau email saya di hanieesa15@gmail.com. :)

Thursday, 21 March 2013

Sarapan sihat untuk diet dengan Chinch Shaklee ^_^

Saya rasa ramai yang mengalami masalah untuk mendapatkan sarapan yang sempurna terutama sekali bagi mereka yang bekerja. Sarapan yang sempurna adalah penting kerana apa yang kita makan akan menentukan siapa diri kita dan mungkin mempengaruhi mood kita. Bagaimana untuk mendapatkan sarapan yang sempurna bagi mereka yang ingin berdiet? Pernahkah anda mempunyai persoalan sebegini dalm kotak pemikiran anda?
Tidak dinafikan Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan untuk dinikmati contohnya seperti roti canai, nasi lemak, mee goreng dsb. Sedar atau tidak, makanan tersebut merupakan makanan yang berminyak, tinggi kalori dan juga kolestrol. Perkara pokok apabila kita mengamalkan diet yang seimbang ialah kita perlu monitor tahap pengambilan kalori setiap hari.
Tapi jangan risau! Jika anda sedang mencari apakah yang sesuai untuk diambil sebagai pengganti sarapan yang sihat, jawapannya tak lain dan tak bukan ialah cinch shaklee. Ia dapat memberikan jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi atau tengah hari?" Ia merupakan makanan yang sungguh lazat dan berkhasiat untuk membantu anda memelihara otot penting serta membuat anda sentiasa kenyang dan berpuas hati di samping dapat mengurangkan berat badan. ;)
☆Rasanya seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh satu hidangan.
☆Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot disaat mengurangkan berat badan.
☆Mengandungi 24gram protein dalam setiap hidangan bagi rasa puas dan kenyang.
☆Kandungan serat yang tinggi, 6gram dalam setiap sajian
☆Nilai glimesik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga
☆Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting.
☆Tiada perasa, pewarna atau pemanis buatan
☆Genetik soya yang tidak diubahsuai (bukan GMO)

Published with Blogger-droid v2.0.10
P/s ; boleh email saya di hanieesa15@gmail.com sekiranya berminat untuk mencuba. ;)

Bestnya Cinch chocolate shake mix shaklee!!!

Hari ni merupakan hari ketiga saya consume cinch shaklee. Rasanya memang sangat enak! Serious. First day consume saya bancuh dengan air panas. Kononnya nak ganti sarapan (biasa sarapan minum susu+milo). Ok gak rasa dia minum panas-panas, tapi maybe sebab purely cinch tak campur dengan yang lain, so macam ada bau soya sikit.
Hari kedua saya ubah menu. Kali ni saya campur dengan susu. Perghh.. rasa macam nak minum banyak-banyak je. Sebab memang sedap. Mula-mula tu memang gelojoh la minum. Excited katakan. Heeeee. Sekarang minum slow-slow je. Nak menikmati cinch shaklee yang sedap itu. Confirm nanti beli lagi. Tapi nak beli perasa lain pulak.
Dan part yang paling best sangat, berat yang hari tu naik 1kg, dah hilang. Means berat saya dah turun 1kg. Happy sangattt!!! Tak sia-sia minum and invest. ;)

P/s : If ada yang berminat nak try, boleh email saya ke hanieesa15@gmail.com. Next week saya nak make order. Saya bagi special price. Jangan segan-segan ye. ;)
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 18 March 2013

Berat badanku naik hooi.. Semoga cinch dan energy tea mix shaklee dapat bantu. ;))

Pagi-pagi tadi sebelum pergi kerja, saya tergerak hati nak timbang berat badan. Hohoho.. guess what? Berat macam naik 1 kilo. Saya pun dah macam.. Apakah ini semua? Kalau baca entri saya yang first, saya ambik produk shaklee untuk kesihatan dan nak kurus la at the same time... heeee. Mesti akan ada yang cakap, maksudnya supplement shaklee tu tak berkesan la tuh.
Tungguuuu.. jangan buat kesimpulan dulu! Saya rasa berat badan saya naik ni disebabkan oleh faktor pemakanan. If kita tak jaga makan, memang ambik la supplement apa pun tak boleh bantu kita untuk turunkan berat badan. Saya pernah menulis tentang kesan supplement shaklee tu ke atas saya macam badan rasa lagi ringan dan inci berkurangan. Saya pun tak nak la berat badan turun secara mendadak. Sebab itu tak baik untuk kesihatan kita kan. Kita pun kumpul lemak ni sikit-sikit, maka nak kurangkan pun sikit-sikit la ye. Jangan jadi gelojoh sangat.
Setelah dihitung dicongak dan dikira secara rasional, saya telah mengambil keputusan untuk tambah supplement saya seperti di bawah ini....



Heeeee... esok adalah percubaan pertama dan saya akan update apa rasa cinch dan energy tea drink ;) Good luck to me!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 15 March 2013

Shaklee Distributor - Akhirnya :D

Setelah berfikir dan membuat semua pertimbangan, saya telah mengambil keputusan untuk join keluarga Shaklee dan mendaftar sebagai distributor. Sebab utama saya daftar untuk jadi distributor adalah supaya saya dapat membeli produk-produk Shaklee dengan harga yang lebih murah. Setelah percubaan selama 2 minggu, saya telah mengambil keputusan untuk terus menggunakan produk Shaklee. Ini juga hasil dari pembacaan yang saya buat berkaitan produk Shaklee dan saya rasa yakin dengan produk Shaklee.

If ada sesiapa nak beli produk Shaklee, boleh menggunakan ID saya 913232 atau email saya ke hanieesa15@gmail. com. Selamat mencuba.

#testi baru guna 2 minggu. Ada ke orang berminat? Hmmm.. :D

Setelah 2 minggu bersama Shaklee

Pejam celik pejam celik. Dah 2 minggu rupanya saya setia consume pil-pil supplement dari Shaklee. Masa mula-mula makan, memang ada rasa pening jugak la. Bukanlah maksudnya lepas first time makan tu terus pening. Selepas beberapa hari makan, akan ada rasa tanda-tanda macam pening kepala. :) Lepas tu saya teruskan jugak makan pil-pil seperti di entri sebelum ni dan alhamdulillah dah takde lagi pening-pening tu.

Saya memang tak timbang setiap hari untuk tengok ada berat turun ke tak or berapa gram/kg dah turun sejak ambik Shaklee ni. Tapi tapi... saya memang dapat rasa perubahan sejak ambik produk ni. Pertamanya, badan memang terasa ringan. Macam best je kalau jalan-jalan. Sebab tak rasa beban. Keduanya, saya rasa macam inci berkurangan. So far, alhamdulillah nampak kesan positive lepas consume produk Shaklee ni. :D

So far, itu la kesan-kesan yang saya dapat. Akan update lagi di masa akan datang jika diizinkan. InsyaAllah.




Sunday, 3 March 2013

Percubaan pertama set Shaklee

Shaklee? Sebenarnya tahu pasal Shaklee ni dah lama tapi tak pernah ambil tahu sebab rasakan this is another MLM company yang jual pelbagai jenis vitamin.  Rasanya sejak saya kecil ramai orang jual produk shaklee ni tapi sejak akhir-akhir ini, ada seorang dua kawan saya menjadi pengedar shaklee dan asyik promote vitamin Shaklee kat facebook. So, dengan tidak sengaja saya telah blog walking untuk cari maklumat pasal produk shaklee ni.

Tengah-tengah cari info tu, perasan pulak Shaklee ni ada produk untuk penurunan berat badan. Heeee.. Macam best jugak ni. Saya tidaklah tergolong dalam golongan obesiti atau memiliki berat badan yang berlebihan, tetapi kena berhati-hati sebab kalau tak jaga-jaga berat badan saya akan tergolong dalam katogeri berat badan berlebihan. Bila dah baca dan yakin dengan produk Shaklee ni, saya hubungi salah seorang kawan saya yang telah menjadi pengedar Shaklee lebih kurang 2 tahun dan tanya nasihat beliau. Produk apa yang bagus untuk saya ambil. Lantas beliau menjelaskan kepada saya bahawa untuk set penurunan berat badan, boleh ambil :

1) Alfafa
2) Lecithin
3) Herb-Lax
4) Cinch - Shake Mix

If nak ambil set basic, boleh ambil item 1 sampai 3 je. If nak ambil full set, boleh ambil Cinch tu sekali. Tapi sebagai permulaan, saya decided untuk ambil produk satu sampai 3 sahaja. Nak tengok samada badan saya sesuai ke tak dengan produk ni. Saya juga diberitahu bahawa kalau jadi ahli boleh dapat harga lagi murah, saya akan considered untuk join jadi ahli bila tengok keberkesanannya dulu. Sekarang baru 4 hari ambil produk ni. :)



So far so good. Ada la sikit rasa pening dan tertanya-tanya kenapa. Rupanya ini adalah symptoms biasa apabila kita ambil vitamin terutamanya kepada orang-orang yang tak pernah ambil vitamin macam saya. Ianya dipanggil sebagai proses pemulihan. Untuk mengatasinya, saya akan minum air banyak-banyak. InsyaAllah akan OK selepas beberapa ketika. :D