Sunday, 3 March 2013

Percubaan pertama set Shaklee

Shaklee? Sebenarnya tahu pasal Shaklee ni dah lama tapi tak pernah ambil tahu sebab rasakan this is another MLM company yang jual pelbagai jenis vitamin.  Rasanya sejak saya kecil ramai orang jual produk shaklee ni tapi sejak akhir-akhir ini, ada seorang dua kawan saya menjadi pengedar shaklee dan asyik promote vitamin Shaklee kat facebook. So, dengan tidak sengaja saya telah blog walking untuk cari maklumat pasal produk shaklee ni.

Tengah-tengah cari info tu, perasan pulak Shaklee ni ada produk untuk penurunan berat badan. Heeee.. Macam best jugak ni. Saya tidaklah tergolong dalam golongan obesiti atau memiliki berat badan yang berlebihan, tetapi kena berhati-hati sebab kalau tak jaga-jaga berat badan saya akan tergolong dalam katogeri berat badan berlebihan. Bila dah baca dan yakin dengan produk Shaklee ni, saya hubungi salah seorang kawan saya yang telah menjadi pengedar Shaklee lebih kurang 2 tahun dan tanya nasihat beliau. Produk apa yang bagus untuk saya ambil. Lantas beliau menjelaskan kepada saya bahawa untuk set penurunan berat badan, boleh ambil :

1) Alfafa
2) Lecithin
3) Herb-Lax
4) Cinch - Shake Mix

If nak ambil set basic, boleh ambil item 1 sampai 3 je. If nak ambil full set, boleh ambil Cinch tu sekali. Tapi sebagai permulaan, saya decided untuk ambil produk satu sampai 3 sahaja. Nak tengok samada badan saya sesuai ke tak dengan produk ni. Saya juga diberitahu bahawa kalau jadi ahli boleh dapat harga lagi murah, saya akan considered untuk join jadi ahli bila tengok keberkesanannya dulu. Sekarang baru 4 hari ambil produk ni. :)



So far so good. Ada la sikit rasa pening dan tertanya-tanya kenapa. Rupanya ini adalah symptoms biasa apabila kita ambil vitamin terutamanya kepada orang-orang yang tak pernah ambil vitamin macam saya. Ianya dipanggil sebagai proses pemulihan. Untuk mengatasinya, saya akan minum air banyak-banyak. InsyaAllah akan OK selepas beberapa ketika. :D

No comments:

Post a Comment