Sunday, 31 March 2013

Cinch Shaklee - Alhamdullilah turun 2kg. :D

Inilah dia santapan pagi dan malamku. Cinch Shaklee perasa cokelat. Memang sedap sangat and kadang-kadang rasa macam nak minum  banyak-banyak je sebab sedap sangat. Heeee.

Inilah dia Cinch Shaklee perasa cokelat yang sangat sedap sedia untuk diminum. Yummy!    


Alhamdulillah saya sudah berjaya turunkan berat badan sebanyak 2kg sejak mengamalkan cinch Shaklee ni. Dan paling ketara, dapat rasakan macam lemak-lemak yang menggelebeh semakin berkurangan. Saya akan terus mengamalkan Cinch Shaklee sehingga target saya tercapai. Anda pula bagaimana? Email saya jika anda berminat untuk mencuba atau ingin mendapatkan lebih info di hanieesa15@gmail.com. Or boleh drop komen di sebelah juga. :D

Telekung Vietnam bunga timbul 13 kuntum RM70

Entry kali ini tidak berkaitan dengan Shaklee walaupun blog ini pada mulanya adalah untuk mencatat perjalanan saya bersama Shaklee. Saya masih mengambil produk-produk Shaklee yang sangat bagus untuk kesihatan. Mencuba produk baru lagi.. untuk menjaga mahkota wanita. Heee. Saya akan coretkan mengenai perjalanan saya bersama Shaklee lagi nanti. Nanti. InsyaAllah. :)

Post kali ini nak coretkan pasal Telekung Vietnam bunga timbul 13 kuntum. Rasanya ramai yang sudah biasa terdengar atau menggunakan telekung dari Vietnam ni. Sekarang ni, saya ada stok telekung Vietnam bunga timbul 13 kuntum. Dalam perancangan untuk menambah koleksi pada masa akan datang.. bergantung kepada sambutan yang di berikan untuk peminat telekung dari Vietnam ni.

Kenapa pilih telekung dari Veitnam? Berikut adalah beberapa sebab kenapa telekung dari Vietnam ini menjadi pilihan para muslimah. Mungkin juga anda? :)

a) Kainnya yang labuh dan mempunyai tali pengikat di kain yang bergetah. Faktor kain yang labuh sangat penting terutamanya bagi mereka yang tinggi untuk mengelakkan ternampak kaki semasa sujud.

Anggaran ketinggian model adalah lebih kurang dalam 170cm

b) Kain yang digunakan adalah jenis yang tidak jarang, sejuk dan selesa dipakai.
c) Jenis kain yang jatuh ke bawah apabila dipakai
d) Mempunyai tenunan yang kemas dan cantik.
e) Kain telekung tidak terangkat apabila ruku' disebabkan kainnya yang berat.
f) Mempunyai tali pengikat di kepala yang boleh di adjust mengikut keselesaan pemakai.




 
Telekung Vietnam bunga timbul 13 kuntum

Saya menjual telekung seperti gambar di atas pada harga hanya RM70 termasuk postage. Ada bermacam-macam warna sebagai pilihan. Jika berminat, sila like page Sulam Wardrobe di Facebook dan PM saya. Berminat untuk menjalankan bisnes telekung Vietnam dan ingin mendapat tawaran pembelian borong pada harga yang menarik?? Sila PM saya atau email saya di hanieesa15@gmail.com. :)

Thursday, 21 March 2013

Sarapan sihat untuk diet dengan Chinch Shaklee ^_^

Saya rasa ramai yang mengalami masalah untuk mendapatkan sarapan yang sempurna terutama sekali bagi mereka yang bekerja. Sarapan yang sempurna adalah penting kerana apa yang kita makan akan menentukan siapa diri kita dan mungkin mempengaruhi mood kita. Bagaimana untuk mendapatkan sarapan yang sempurna bagi mereka yang ingin berdiet? Pernahkah anda mempunyai persoalan sebegini dalm kotak pemikiran anda?
Tidak dinafikan Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan untuk dinikmati contohnya seperti roti canai, nasi lemak, mee goreng dsb. Sedar atau tidak, makanan tersebut merupakan makanan yang berminyak, tinggi kalori dan juga kolestrol. Perkara pokok apabila kita mengamalkan diet yang seimbang ialah kita perlu monitor tahap pengambilan kalori setiap hari.
Tapi jangan risau! Jika anda sedang mencari apakah yang sesuai untuk diambil sebagai pengganti sarapan yang sihat, jawapannya tak lain dan tak bukan ialah cinch shaklee. Ia dapat memberikan jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi atau tengah hari?" Ia merupakan makanan yang sungguh lazat dan berkhasiat untuk membantu anda memelihara otot penting serta membuat anda sentiasa kenyang dan berpuas hati di samping dapat mengurangkan berat badan. ;)
☆Rasanya seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh satu hidangan.
☆Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot disaat mengurangkan berat badan.
☆Mengandungi 24gram protein dalam setiap hidangan bagi rasa puas dan kenyang.
☆Kandungan serat yang tinggi, 6gram dalam setiap sajian
☆Nilai glimesik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga
☆Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting.
☆Tiada perasa, pewarna atau pemanis buatan
☆Genetik soya yang tidak diubahsuai (bukan GMO)

Published with Blogger-droid v2.0.10
P/s ; boleh email saya di hanieesa15@gmail.com sekiranya berminat untuk mencuba. ;)

Bestnya Cinch chocolate shake mix shaklee!!!

Hari ni merupakan hari ketiga saya consume cinch shaklee. Rasanya memang sangat enak! Serious. First day consume saya bancuh dengan air panas. Kononnya nak ganti sarapan (biasa sarapan minum susu+milo). Ok gak rasa dia minum panas-panas, tapi maybe sebab purely cinch tak campur dengan yang lain, so macam ada bau soya sikit.
Hari kedua saya ubah menu. Kali ni saya campur dengan susu. Perghh.. rasa macam nak minum banyak-banyak je. Sebab memang sedap. Mula-mula tu memang gelojoh la minum. Excited katakan. Heeeee. Sekarang minum slow-slow je. Nak menikmati cinch shaklee yang sedap itu. Confirm nanti beli lagi. Tapi nak beli perasa lain pulak.
Dan part yang paling best sangat, berat yang hari tu naik 1kg, dah hilang. Means berat saya dah turun 1kg. Happy sangattt!!! Tak sia-sia minum and invest. ;)

P/s : If ada yang berminat nak try, boleh email saya ke hanieesa15@gmail.com. Next week saya nak make order. Saya bagi special price. Jangan segan-segan ye. ;)
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 18 March 2013

Berat badanku naik hooi.. Semoga cinch dan energy tea mix shaklee dapat bantu. ;))

Pagi-pagi tadi sebelum pergi kerja, saya tergerak hati nak timbang berat badan. Hohoho.. guess what? Berat macam naik 1 kilo. Saya pun dah macam.. Apakah ini semua? Kalau baca entri saya yang first, saya ambik produk shaklee untuk kesihatan dan nak kurus la at the same time... heeee. Mesti akan ada yang cakap, maksudnya supplement shaklee tu tak berkesan la tuh.
Tungguuuu.. jangan buat kesimpulan dulu! Saya rasa berat badan saya naik ni disebabkan oleh faktor pemakanan. If kita tak jaga makan, memang ambik la supplement apa pun tak boleh bantu kita untuk turunkan berat badan. Saya pernah menulis tentang kesan supplement shaklee tu ke atas saya macam badan rasa lagi ringan dan inci berkurangan. Saya pun tak nak la berat badan turun secara mendadak. Sebab itu tak baik untuk kesihatan kita kan. Kita pun kumpul lemak ni sikit-sikit, maka nak kurangkan pun sikit-sikit la ye. Jangan jadi gelojoh sangat.
Setelah dihitung dicongak dan dikira secara rasional, saya telah mengambil keputusan untuk tambah supplement saya seperti di bawah ini....



Heeeee... esok adalah percubaan pertama dan saya akan update apa rasa cinch dan energy tea drink ;) Good luck to me!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 15 March 2013

Shaklee Distributor - Akhirnya :D

Setelah berfikir dan membuat semua pertimbangan, saya telah mengambil keputusan untuk join keluarga Shaklee dan mendaftar sebagai distributor. Sebab utama saya daftar untuk jadi distributor adalah supaya saya dapat membeli produk-produk Shaklee dengan harga yang lebih murah. Setelah percubaan selama 2 minggu, saya telah mengambil keputusan untuk terus menggunakan produk Shaklee. Ini juga hasil dari pembacaan yang saya buat berkaitan produk Shaklee dan saya rasa yakin dengan produk Shaklee.

If ada sesiapa nak beli produk Shaklee, boleh menggunakan ID saya 913232 atau email saya ke hanieesa15@gmail. com. Selamat mencuba.

#testi baru guna 2 minggu. Ada ke orang berminat? Hmmm.. :D

Setelah 2 minggu bersama Shaklee

Pejam celik pejam celik. Dah 2 minggu rupanya saya setia consume pil-pil supplement dari Shaklee. Masa mula-mula makan, memang ada rasa pening jugak la. Bukanlah maksudnya lepas first time makan tu terus pening. Selepas beberapa hari makan, akan ada rasa tanda-tanda macam pening kepala. :) Lepas tu saya teruskan jugak makan pil-pil seperti di entri sebelum ni dan alhamdulillah dah takde lagi pening-pening tu.

Saya memang tak timbang setiap hari untuk tengok ada berat turun ke tak or berapa gram/kg dah turun sejak ambik Shaklee ni. Tapi tapi... saya memang dapat rasa perubahan sejak ambik produk ni. Pertamanya, badan memang terasa ringan. Macam best je kalau jalan-jalan. Sebab tak rasa beban. Keduanya, saya rasa macam inci berkurangan. So far, alhamdulillah nampak kesan positive lepas consume produk Shaklee ni. :D

So far, itu la kesan-kesan yang saya dapat. Akan update lagi di masa akan datang jika diizinkan. InsyaAllah.




Sunday, 3 March 2013

Percubaan pertama set Shaklee

Shaklee? Sebenarnya tahu pasal Shaklee ni dah lama tapi tak pernah ambil tahu sebab rasakan this is another MLM company yang jual pelbagai jenis vitamin.  Rasanya sejak saya kecil ramai orang jual produk shaklee ni tapi sejak akhir-akhir ini, ada seorang dua kawan saya menjadi pengedar shaklee dan asyik promote vitamin Shaklee kat facebook. So, dengan tidak sengaja saya telah blog walking untuk cari maklumat pasal produk shaklee ni.

Tengah-tengah cari info tu, perasan pulak Shaklee ni ada produk untuk penurunan berat badan. Heeee.. Macam best jugak ni. Saya tidaklah tergolong dalam golongan obesiti atau memiliki berat badan yang berlebihan, tetapi kena berhati-hati sebab kalau tak jaga-jaga berat badan saya akan tergolong dalam katogeri berat badan berlebihan. Bila dah baca dan yakin dengan produk Shaklee ni, saya hubungi salah seorang kawan saya yang telah menjadi pengedar Shaklee lebih kurang 2 tahun dan tanya nasihat beliau. Produk apa yang bagus untuk saya ambil. Lantas beliau menjelaskan kepada saya bahawa untuk set penurunan berat badan, boleh ambil :

1) Alfafa
2) Lecithin
3) Herb-Lax
4) Cinch - Shake Mix

If nak ambil set basic, boleh ambil item 1 sampai 3 je. If nak ambil full set, boleh ambil Cinch tu sekali. Tapi sebagai permulaan, saya decided untuk ambil produk satu sampai 3 sahaja. Nak tengok samada badan saya sesuai ke tak dengan produk ni. Saya juga diberitahu bahawa kalau jadi ahli boleh dapat harga lagi murah, saya akan considered untuk join jadi ahli bila tengok keberkesanannya dulu. Sekarang baru 4 hari ambil produk ni. :)



So far so good. Ada la sikit rasa pening dan tertanya-tanya kenapa. Rupanya ini adalah symptoms biasa apabila kita ambil vitamin terutamanya kepada orang-orang yang tak pernah ambil vitamin macam saya. Ianya dipanggil sebagai proses pemulihan. Untuk mengatasinya, saya akan minum air banyak-banyak. InsyaAllah akan OK selepas beberapa ketika. :D